Follow // Dashboard
# The Fabulous Story
[One Shot] suratan dari hati
Wednesday, February 19, 2014 • 04:19 • 0 comments


Sedang kamu menyiapkan soalan yang terakhir Suho menegur kamu “Ila ~ awak dah makan belum ?” . “belum lagi” jawab ringkas kamu tanpa menoleh ke arahnya. “Kenapa belum ? Mahu saya belikan makanan untuk awak ?” tanyanya kembali. “Eh takpayahlah. Ila sekejap lagi turun bawah ke kantin” balas kamu. “Okay, tapi janji dengan saya yang awak akan makan sekejap lagi boleh ? sibuk mana pun awak kene jaga kesihatan awak okay ? saya taknak awak sakit” katanya kembali sambil melemparkan senyuman kepada kamu. “Jangan risaukan saya eh ?” ucap kamu sambil memegang tangannya.

Suho ialah kawan atau sahabat baik dari kecil. Kamu dan Suho hanya berjiran berselangkan 2 buah rumah. Kamu memang sudah biasa dengannya. Segala suka duka kamu dikongsi bersamanya. “Okay. Saya ada kerja dekat makmal bawah. Nanti nak balik tunggu dekat depan pagar sekolah ye?” pesannya kepada kamu. Kamu dan Suho mengambil jurusan ‘Ethic, Law and Hacking’ (IT) dan masing –masing sibuk menyiapkan folio untuk akhir tahun sebelum melangkah keluar dari sekolah menengah.

Sepanjang perjalanan kamu dari perpustakaan kamu berasa pening dan seolah-olah tiada daya mahu berjalan. Bukan kerana kamu lapar tetapi oleh kerana sakit yang telah lama kamu derita dan tiada siapa pun tahu apa penyakit yang sedang kamu alami. Jantung kamu berdenyut semakin laju dan kaki kamu menggigil sejauh 1 5 meter lagi mahu sampai ke pagar sekolah namun tiada daya yang mahu di serap sehinggalah seorang pelajar lelaki yang ternampak kamu dengan keadaan yang tidak mengizinkan. “Yah ~ Awak okay ke tak ni ?” tanya pelajar lelaki itu sambil memegang bahu kamu. “Ahh … Saya okay. Jangan …” belum sempat kamu meneruskan kata, kamu terus pengsan di bahunya. Lalu pelajar tersebut mendukung kamu dan hantar kamu ke hospital.

Di hospital,
“Park Chanyeol sila ikut saya ke bilik untuk membincangkan tentang Ila” perintah doktor yang lengkap berpakaian serba putih. “Jung Ila Cuma keletihan. Dia cuma perlukan rehat yang secukupnya” kata doktor yang bertag nama Byun Baekhyun. “Jadi Ila tiada mengalami komplikasi apa-apa ?” tanya Chanyeol. Dr. Byun mahu menerangkan tetapi dia teringat kata Ila tempoh hari yang lalu.

“Doktor, walau apa pun terjadi pada saya tolonglah rahsiakan penyakit ini. Saya tak mahu melihat orang yang tersayang menangis kerana saya. Biarlah saya pergi tanpa siapa pun tahu apa penyakit yang saya derita selama ini”

“Doktor … Doktor” tegur Chanyeol. “Ha ye ? Maaf. Saya cuma…” . “Cuma apa doktor ?” sambung Chanyeol yang kelihatan ragu-ragu dengan reaksi doktor. “Tiada apa-apa. Oh ye, Park Chanyeol apa hubungan kamu dengan Jung Ila ? kekasih ?” tanya doktor. “Saya ? Eh taklah. Kami pun tak kenal antara satu sama lain. Saya terjumpa Ila semasa dia mengerang kesakitan”.
                                                
“Ahh ~ Di mana saya sekarang?” tanya kamu sebaik sedar daripada pengsan. “Ila ~ Awak okay?” tanya Chanyeol. “Eh awak ni siapa ?” tanya kamu dengan hairan. “Maaf. Saya Park Chanyeol. Saya yang nampak awak tadi sewaktu menahan kesakitan” jawabnya. “Oh terima kasih Park Chanyeol. Nama saya Jung Ila. Ila” balas kamu. “Panggil saya Chanyeol saja” ucapnya. “Awak pasti belum makankan ? doktor tadi nasihatkan supaya awak kena makan mengikut waktu. Ini saya belikan bubur untuk awak” katanya sambil membuka penutup bekas bubur itu yang masih hangat lagi. Dia cuba menyuapkan untuk kamu dan terus anak matanya memandang dalam ke arah anak mata kamu. “Makanlah Ila” katanya lagi. Kamu mula membuka mulut dan sudu yang berisi bubur itu terus masuk ke dalam mulut kamu dengan perlahan-lahan.

Sedang kamu makan bubur yang disuap oleh Chanyeol, Dr Byun datang ke bilik kamu untuk membuat pemeriksaan. “Ila , macam mana keadaan kamu ? masih pening lagi ?” tanya doktor untuk di catat ke dalam rekod kesihatan kamu. “Tak pening lagi dah” jawab ringkas kamu. “Okay bagus. Mari saya periksa nadi kamu” katanya sambil datang menuju ke arah kamu. “Denyutan jantung seperti normal dan malam ini kamu boleh pulang. Park Chanyeol, apa –apa pun saya tugaskan kamu untuk menjaga Ila okay ? jangan lupa pesan kepada Ila supaya jaga kesihatan selalu” pesannya sebelum berlalu pergi. Chanyeol hanya mengangguk. “Baiklah, mulai sekarang saya akan pantau awak ye?” kata Chanyeol dengan tawanya. “Chanyeol, mana telefon bimbit saya ?” tanya kamu dengan cemas. “Ini” balasnya dengan mengeluarkan telefon bimbit yang berjenama Samsung S4 dari poket seluarnya. Kamu terus merampas dan memesan pesanan ringkas kepada Suho.

Kepada: Suho
Daripada: Ila

Suho, awak dimana sekarang ? Maafkan saya. Saya terpaksa keluar awal kerana mahu menyiapkan folio dengan Na-Na

“Dengan siapa awak mesej?” aju dari Chanyeol yang masih bingung memerhatikan kamu dari tadi. “Erm kawan baik saya” balas kamu dengan pantas. “Malam ini saya hantar awak pulang ye ?” ucapnya sambil mengusap ubun-ubun kamu dan terus mengucup. Kamu yang terkejut terus memandang ke arahnya. ‘apa maksud Chanyeol ? kenapa mudahnya dia mengucupku ? adakah dia tidak risau yang teman wanitanya akan memarahinya sekiranya dia tahu’  bisik kamu di dalam hati. “Err Chanyeol, saya akan pulang sendirilah. Awak baliklah dulu nanti teman wanita awak marah” kata kamu. “Apa ? Teman wanita?” balasnya kembali dengan tawanya yang amat comel. “Saya tiada teman wanitalah Ila. Tapi saya ada ratu yang mahu menarik hati saya” balasnya kembali sambil duduk di sebelah kamu. Dengan perlahan tangan Chanyeol mengurut bahu kamu. Ini adalah kali pertama kamu menemui seorang lelaki yang berhati murni. “siapa ratu tu?” tanya kamu. “Rahsia” jawabnya dengan ringkas.

Keesokan hari,
“Hei ~ Suho. Dah siap ke folio tu ?” tanya kamu sambil mengeluarkan buku rujukan Sains. “Hampir siap. Ila punya dah siap ke?” tanya Suho. “Dah lama siap. Tinggal nak hantar je” balas kamu sambil menghulurkan sebuah bekas makanan berisi roti kepada Suho. “Eh apa ni ? untuk saya ke?” ucapnya dengan terkejut. “Yelah ~ Saya rindu tahu dengan awak sebab itu saya buat roti ni khas untuk awak” jelas kamu. “Ohh terharunya. Terima kasih sayang” balasnya kembali. Bagi kamu perkataan SAYANG tiada makna kerana kamu dan dia saling memahami dan kamu menganggap dia seperti abang kamu yang selalu menjaga kamu. Kamu pun selalu mengatakan SAYA SAYANG AWAK tetapi sebaliknya bagi Suho yang cukup terpukau dengan kata-kata Ila.

Dalam perjalanan menuju ke kantin,
“Eh kenapa pandangan saya gelap ni ? Kenapa ? Ahh ~ Peningnya. Ya Tuhan….” Kamu terus jatuh pengsan di tengah-tengah kantin itu. Ramai pelajar mengelilingi kamu tetapi mereka hanya melihat kamu tanpa membantu kamu. Lantas Chanyeol yang sedang membeli makanan juga terlihat ada orang berkerumun terus menuju kesana. Sebaik bersesak dengan pelajar yang mengerumuni itu dia amat terkejut apabila melihat kamu yang sedang pengsan. “Kamu semua ini ada mata saja ke yang mampu tengok pelajar perempuan pengsan ?” herdik Chanyeol dengan mendukung kamu. Suho yang berada di kantin sewaktu itu terus memarahi pelajar yang berkerumun itu. Kamu yang terus tidak sedarkan diri terus dikejarkan ke hospital dan di beri bantuan penafasan yang segera. Chanyeol masih menunggu di luar bilik wad kecemasan manakala Suho pun runsing memikirkan keadaan kamu yang kritikal. Chanyeol memandang ke arah Suho yang kelihatan agak runsing lalu berkata “Hei ~ Awak ni ada kena mengena ke dengan Ila?” . “Saya Suho. Kawan karib Ila dari kecil” jelas Suho. “Ohh. Maaflah sekiranya saya berlebihan, Ila ada penyakit misteri ke?” tanya Chanyeol. “Kenapa pula kamu cakap sebegitu ? Ila sebelum ini okay je” jawab Suho dengan pantas. “Okay kamu cakap ? Dia sentiasa menahan kesakitan. Saya percaya kamu mesti tahu apa yang Ila alami selama ini kerana kamu kenal dia dari kecil” jelas Chanyeol. “Saya … Benar taktahu apa yang dia alami selama ini” jawabnya dengan tangisan.

Doktor Byun melangkah keluar dari wad kecemasan. Doktor Byun terkejut melihat dua orang lelaki yang termangu di hadapanya. “Erm siapa yang lebih mengenali Cik Jung Ila ?” tanya doktor itu. “Saya” jawab Suho. “Saya kenal Ila dari kami kecil” jawabnya lagi. “Okay. Saya cuma mahu bertanyakan awak tahu apa penyakit Ila yang di alami selama ini?” tanya doktor Byun yang berkaca mata. “Tak” jawab Suho. “Baiklah. Tiba masanya saya memberitahu. Pertama sekali, ambillah surat ini daripada Cik Jung Ila. Sekarang ini Cik Jung Ila menghidap kanser hati tahap 2 iaitu tahap kritikal. Dia meminta saya merahsiakan daripada umum termasuk kamu berdua atas sebab tertentu” jelasnya. “Apa ? kanser hati ?” kata Suho yang terus menangis teresak dengan menggenggam kemas surat yang di beri oleh kamu. “Sekarang nyawanya dalam 50/50 dengan sokongan alat bantuan penafasan. Cik Jung Ila memang memerlukan penderma tetapi dia berkerasa tak nak. Jadi pada malam ini saya akan mencabut alat pernafasan dan dia akan pergi dengan tenang” jelas doktor itu dengan sedih. “Saya nak jadi penderma doktor. Izikan saya ?” aju Chanyeol. “Baiklah. Tetapi saya perlu memeriksa awak” kata doktor. “Doktor saya pun nak derma hati” celah Suho. “Baiklah. Saya akan memeriksa kamu berdua”

Selangkah doktor itu berlalu pergi, Suho menarik lengan doktor. “Sekiranya darah saya sama dengan Ila, saya nak dermakan keseluruhan hati saya” ucapnya. “Tapi…” “Tapi apa doktor ? saya hanya mahukan Ila sihat seperti sedia kala. Saya sanggup mati kerananya” ucapnya lagi. “Urm kalau itu kamu mahu. Saya akan periksa kamu dahulu”

Sebaik memeriksa darah Chanyeol dan Suho didapati darah Suho padan dengan darah Ila. Maka Chanyeol terselamat daripada menderma sebahagian hatinya kepada Ila. “Chanyeol, kamu ambil cincin ini. Cincin ini arwah eomma saya bagi untuk bakal isteri saya. Tetapi saya akan bertemu Tuhan selepas ini. Saya nak kamu jaga Ila sehingga dia benar pulih. Ini wasiat saya kepada kamu. Nah~ ambillah” ujar Suho yang separa sedih. “Saya akan tunaikan janji kamu, Suho. Semoga kau di syurga” ucap Chanyeol yang terus mendakap Suho. Mereka menangis bersama walaupun mereka tidak pernah kenal antara satu sama lain tetapi mereka saling menyayangi.
“Suho , sila ikut saya ke bilik pembedahan” perintah jururawat.

Sebaik selesai sahaja pembedahan itu dijalankan, mayat Suho di semadikan di tanah perkuburan berdekatan rumahnya. Kamu semakin sihat dan kamu masih tidak dapat menerima yang Suho pergi selamanya. Kamu tidak sempat mengucapkan terima kasih kepadanya. Kamu dan Chanyeol sempat pergi menyempurnakan majlis pengebumian Suho. Kamu masih dalam keadaan lemah dan berkerusi roda lalu mendekati pusara Suho. “Suho~ ah. Saya sayang awak sangat-sangat. Semoga roh awak dipelihara”

Setahun kemudian,


“uwekkkk… uwekkk….” Kedengaran bayi menangis. “Yeobo-ahh ~ Saya selamat melahirkan anak kita” ucap kamu sebaik melahirkan anak yang pertama. “Terima kasih sayang. Nama apa yang awak nak letak?” “Suho ?” tanya kamu. “Park Suho. Okay sayang. Nama itu pun ada maknanya juga” ujar Chanyeol. “Semoga Suho melihat anak kita dan semoga anak kita berani seperti Suho” ucap kamu dengan tangisan kesedihan. 




|
swagest


어서오세요 내 블록 ^^ 안녕하세요 안녕하습니까 저는 하즈와니 입니다. 제 18 새이예용 ㅋㅋㅋ 방갑습니다 여러분 . Hey there , Im Hazwanie. Sweet 18 here and maybe i dont have a pretty look but i've pretty smile. Keep smile and enjoy your day. Oh btw, im Malaysian not Korean. Korean is just my third language .


an angle from the sky


Cbox code ovah here
>

A Marshmallow Guy


Template made by; Adrianna Azam
Basecodes from; Aulia Septiya
Re-Editor skins; Nana Kim