Follow // Dashboard
# The Fabulous Story
[One Shot] siapa yang lebih berkuasa ?
Thursday, February 20, 2014 • 02:41 • 0 comments


“Kecoh betul ! Apa yang tengah berlaku ni ?” bebel Puan. Yuri yang melihat ramai pelajar sedang berkumpul seperti sedang melihat sesuatu. Puan. Yuri yang ingin tahu menyusup di dalam himpunan pelajar tersebut dan akhirnya melihat dua orang pelajar lelaki yang sedang bertelagah. Puan Yuri disitu bercekak pinggang sambil membetulkan cermin matanya. “L ! Kris ! apa kamu buat ni ? kalau nak bergaduh ajak saya sekali” berang Puan Yuri yang menyaksikan kedua pelajarnya yang masing-masing tak mahu kalah. “Yang penting tahun ni aku jadi president” lagak L yang masih tidak mahu berganjak setelah Puan Yuri memberi arahan kepada mereka.

Kris hanya bersahaja dan masing-masing menunjukkan ego yang tinggi. Masing-masing mempunyai aura dan tarikan sendiri hampir semua pelajar perempuan yang di sekolah itu akan mengalami hysteria apabila Kris atau L melalui di hadapan mereka. Kris ialah seorang kapten bola keranjang manakala L kapten bola sepak. Tahun ini antara mereka akan dipilih untuk menjadi president yang mewakili tingkatan 5. Esok bermulalah undian antara calon bagi president 2014. Pelbagai cara di buat oleh peminat mereka untuk meraih undian yang tertinggi. Undian tersebut diberi tempoh selama 1 bulan dan keputusan akan dikemukakan berdasarkan undian yang telah dibuat oleh pelajar sendiri.

“Kalau nak bertumbuk tak ada guna tapi ada satu permainan yang kau dan aku perlu buat sekiranya kau atau aku berjaya menawan hati pelajar perempuan yang akan masuk ke kelas kita nanti kau atau perlu berkahwin dengannya” L memberi cadangan kepada Kris. Kris baru putus cinta dengan gadis yang dikenali di England dan sudah serik untuk mencari pengganti baru. “Aku tahu kau takkan setuju betul tak ?” cabar L kepada Kris. Kris masih menjegilkan matanya kepada L. “Pengecut” bahan L dengan belagaknya. “Okay aku ambil cabaran kau” sahut Kris dan beredar dari situ bersama pengikutnya yang lain.
Kamu telah terlambat ke sekolah terus berlari ke anak tangga dan menuju ke kelas baru kamu. Kamu telah bertukar sekolah semenjak menerima keluarga angkat baru yang kaya dan kamu pula seorang yang bijak pandai mempunyai perwatakkan agak naif. Ia merupakan satu bonus untuk terus melanjutkan ke sekolah yang terkenal itu bukan kerana kamu kaya atau mempunyai keluarga angkat yang kaya tapi kerana kamu pandai dan mempunyai rekod yang bersih. Akhirnya kamu telah sampai di hadapan pintu kelas 5 Havoc dengan nafas yang tercungap-cungap itu. “Annyeonghasaeyo” kata kamu dengan nada yang masih tercungap kerana penat berlari masih tidak hilang lagi. “Ha kamu Aemi dah sampai pun” tegur cikgu yang berada di dalam kelas itu. Dia datang ke arah kamu dan menolong kamu yang masih dalam kepenatan. “Ah kwenchana seonsaengnim” tunduk hormat kepadanya.

Rambut kamu yang lurus panjang itu agak serabai sedikit lalu kamu terus mengemaskannya. “Annyeonghasebnikka yeorobun (Selamat sejahtera semua)” ucap kamu dengan nada gembira. Kris hampir pengsan apabila melihat kamu. “Kampung gila budak ni?” detik dalam hati Kris. L yang duduk tidak jauh dari Kris hanya tersenyum sinis. “Mampu ke kau nak tawan budak ni? Aku tahu kau tak mampu?” detik dalam hati L pula yang asik memerhati gelagat Kris. Oleh kerana masing-masing tidak mahu kalah Kris menghalau kawannya yang duduk di sebelah “Tao kau duduk tempat lain ah. Aku nak budak ni duduk sebelah aku” arah Kris kepada Tao. “Apa kena dengan kau ni ? Tergoda ke dengan budak selekeh ni ?” sindir Tao yang menyampah melihat perangai Kris. “Kau diamlah” marah Kris.
“Okay, Kim Nana boleh duduk di tempat kosong” arah cikgu. Kamu pun terus mencari di mana ada tempat kosong. Hanya tinggal satu iaitu disebelah lelaki. Mahu tidak mahu kamu terus melabuhkan punggung di sebelahnya. Kamu menyapa pelajar tersebut. “Annyeong” sapa kamu kepadanya. Dia hanya senyum dan terus dengan lagaknya. “sombongnya” kata kamu dalam hati. Tiba waktu rehat untuk pelajar tingkatan 5. Lagi setapak melangkah ke kantin tiba-tiba ada seorang pelajar telah membelikan roti dan air susu kepada kamu. “Hi saya L. ini untuk awak” kata pelajar itu sambil memberikan untuk kamu. “Eh kenapa susah-susah belikan ? apa-apa pun terima kasih ye?” belum sempat L membalas kata kamu pelajar lelaki yang duduk di sebelah kamu telah menarik tangan kamu. Kamu amat terkejut sekali.


Tiba di taman barulah Kris melepaskan tangan kamu. “Mianhae, Kenapa awak ke kantin ? Saya cari awak tahu ?” ujar ketidak puas hati Kris kepada kamu. “Eh ? Suka hati sayalah nak ke kantin ke tidak. Awak tak cakap pun yang nak rehat dengan saya atau apa pun” marah kamu yang masih tidak faham apa yang sedang berlaku. Kris membongkok sedikit kepada kamu hampir setengah inci mukanya menghampiri muka kamu. Kamu terus mengundur setapak kebelakang. “Okay nama saya Kris” ujar Kris sambil terus menghampiri kamu. Kamu yang tidak selesa apabila ramai pelajar melihat kamu berdua terus mengarah “Berhenti. Okay saya Aemi. Tolong jangan marah-marah saya boleh?”. Kris hanya mengangguk dan tapi masih dengan berlagaknya.

L berjalan ke arah kamu berdua tetapi Kris telah mendahului dan terus menarik pinggang kamu membuatkan kamu duduk di atas riba Kris. Kamu amat terkejut dengan aksi spontan darinya. Kris memegang erat pinggang kamu dan muka hampir kepadanya. Manakala tangan kamu di leher Kris. Kamu masih menutup mata dengan ketakutan dan tidak berani membuka mata. Kris melihat muka kamu dengan penuh teruja. Lalu Kris membetulkan rambut kamu dan kamu membuka mata terkejut dengan keadaan kamu terus bangun. “Oh god ! Im so sorry Kris” kata kamu terus berlalu dari situ.

Pucat lesu kamu apabila mengenangkan perkara tadi. “Aduh apa yang aku buat tadi ? Malunya aku” . L datang menghampiri kamu dan terus membetulkan rambut kamu yang sedikit serabai. “Awak dah makan ?” tanya L yang melihat kamu dalam kegelisahan. “Mianhae L, Nana tak sempat makan tapi terima kasih ye L ?” ucap kamu kepadanya dia hanya mengangguk kepada kamu. “Oh ye L kamu suka makan apa ya ? Bolehlah saya belanja kamu esok” kata kamu dengan nada ceria. L datang lagi dekat kepada kamu dan memegang lengan kamu. Mula timbul perasaan kurang selesa kamu “apa kena dengan pelajar lelaki sekolah ni ? Tadi Kris sekarang L pulak ke?” bisik kamu dengan perasaan meluat. L terus memeluk kamu dan membisik sesuatu kepada kamu. “Saya nak kimbap je” kamu terus terkejut dengan aksi L terus kaku dan tidak dapat berkata apa-apa.
Kris yang baru melangkah ke kelas melalui pintu belakang amat terkejut dengan apa yang berlaku. Kris terus melabuhkan punggung di tempat duduk dan kamu pula terus membekukan diri selepas L memeluk kamu. “Apa yang awak tunggu lagi ? duduklah” arah Kris kepada kamu. Kamu yang tersentak dari lamunan terus duduk di tempat kamu seperti yang di arahkan. Pen Kris jatuh di sebelah kamu apabila kamu mahu mengambilkan Kris turut ingin mengambilnya juga dan dari situlah kamu ber ‘eyed-contact’ dengannya.
L lebih memberi perhatian kepada kamu dan kamu pula ada perasaan kasih pada L berbanding Kris. Sedang kamu menyiapkan latihan di taman kamu terlihat L sedang bercumbu di bawah rendangan pokok. Kamu amat terkejut dan tidak lama itu air mata kamu terus membasahi pipi. Baru semalam L menyatakan cinta kepada kamu tetapi apa semua yang berlaku ni ? adakah ini hanya tipu semata ? Kris yang tidak jauh dari situ terus berlari kepada kamu dan menutup mata kamu. Kris menarik tangan kamu untuk keluar dari taman. Air mata kamu masih membasahi pipi dan Kris terus memeluk kamu dengan eratnya. Kris membelai rambut kamu dan cuba menenangkan.

“Jangan menangis Aemi , saya ada di sini” pujuk Kris yang agak cemas. “Maafkan saya Aemi sebab tak halang awak dari pergi berjumpa dengan L semalam. Sebenarnya L mencabar saya untuk menawan hati awak sehingga saya akan berkahwin dengan awak tapi saya taknak hati awak terluka” jelasnya. “Jadi selama ini saya dipermainkan oleh korang berdualah ye ?” marah kamu kepada Kris dan terus menolak badannya kebelakang dan terus berlalu dari situ. Kamu berlari dan mengesat air mata yang masih ada di pipi. Tamat saja persekolahan itu , kamu tidak menghadirkan diri selama 2 minggu dan selama itu keluarlah keputusan siapakah yang akan menjadi presiden tahun 2014.
Debaran semakin berada di kemuncak, Kris yang amat gelisah masih menggamati di paparan skrin telefonnya. “Aemi please come to school I’ve big surprise to you” getus dalam hatinya yang masih gelisah. Semalam Kris menghantar pesanan ringkas kepada kamu untuk hadir ke majlis perlantikan tapi kamu tidak membalas pesanan tersebut. Kamu masih tidak boleh terima yang selama kamu mengenal mereka kerana ingin mempermainkan perasaan kamu.

Selama 2 minggu kamu tidak menghadir ke sekolah bukan kerana merajuk mahupun dendam tetapi kamu sedang memerhati gerak langkah pengikut L. Mereka sabotaj undian Kris dan banyak juga rakaman yang kamu buat selama kamu ditugaskan sebagai perisik dan ada juga kamu bermalam di pejabat sekolah tanpa diketahui oleh pelajar lain. Kamu juga melihat pengikut L membuang undian Kris. Ini sempat juga kamu merakam dan mengambil gambar di mana mereka buat. Semua ini di arah oleh L sendiri dan ini yang membuat kamu amat bengang terhadapnya.

Tiba hari perlantikan presiden 2014 kamu sudah membuat strategi yang terperinci. “Baiklah saya sebagai selaku pengetua sekolah akan mengumumkan siapa yang layak bergelar presiden 2014. Undian yang tidak disangkal lagi selama 1 bulan mendapat undian yang rendah sebanyak 10% dan kini naik ke 70%. Ini bermakna L akan menyandang jawatan sebagai presiden 2014” ucap pengetua. Sebelum L naik ke atas pentas kamu terus menyusup dari perhimpunan pelajar “BERHENTI !” jerit kamu. “Siapa kata L layak menjadi presiden 2014 ?” soal kamu dengan lagak tak ubah seperti perisik yang baru menjumpai bukti kukuh.

“Nana jangan buat kecoh, kau dahlah 2 minggu tak datang sekolah” jerit salah seorang pelajar  dari kelas dengan kamu. “Saya Aemi, saya ada alasan tersendiri sebab apa saya tak datang kesekolah selama 2 minggu. Ini sebabnya” jelas kamu sambil menunjukkan CD dan beberapa keping gambar. “Ini buktinya pengikut L mensabotaj undian Kris. Kamu semua tak berasa pelik ke mengapa undian Kris yang mencecah 80% terus turun kepada 30% ? Di mana hilangkan 50% lagi ? Di telan oleh lelaki yang gila kuasa dan kaki perempuan ini ?” tanya kamu dengan selamba sambil menunjukkan ke arah L. Selepas kamu memasang CD yang dirakam sendiri oleh kamu ini bermaknanya Kris akan menjadi presiden 2014. L pula dan bersama pengikut yang lain akan di ambil tindakan disiplin kerana sabotaj hak orang.

Kris terus berlari ke arah kamu dan memeluk kamu dengan erat. “Sayang kemana selama ni ? Saya betul-betul rindukan awak. Lepas ni jangan tinggalkan saya” kamu yang terkejut dengan panggilan sayang itu terus berubah muka. Pipi kamu kemerahan dan terasa hangat di telinga kamu. Kris terus melutut kepada kamu dan melamar kamu sebagai tunangnya. “Nae, Kris ! I do !” Kris terus menyarungkan cincin di khayalak ramai orang. “Sekarang ni siapa yang lebih berkuasa ?” tanya Kris. “Mestilah Kris” jawab semua pelajar. 




|
swagest


어서오세요 내 블록 ^^ 안녕하세요 안녕하습니까 저는 하즈와니 입니다. 제 18 새이예용 ㅋㅋㅋ 방갑습니다 여러분 . Hey there , Im Hazwanie. Sweet 18 here and maybe i dont have a pretty look but i've pretty smile. Keep smile and enjoy your day. Oh btw, im Malaysian not Korean. Korean is just my third language .


an angle from the sky


Cbox code ovah here
>

A Marshmallow Guy


Template made by; Adrianna Azam
Basecodes from; Aulia Septiya
Re-Editor skins; Nana Kim