Follow // Dashboard
# The Fabulous Story
[One Shot] kawan vs. cinta
Wednesday, February 19, 2014 • 03:11 • 0 comments


“Eeeee Chen ni kan memang nak kenalah. Sampai hati kau buat aku macam ini” rungut kamu kerana Chen telah melukis muka kamu dan rupanya tiada seperti kamu. Kamu memuncungkan mulut ke depan dan menajamkan arah kamu ke muka Chen yang sedang terbahak menggelakkan kamu. Kamu di tahun akhir persekolahan menengah tinggi di tingkatan lima. Kamu dan Chen asik bergaduh kadangkala cikgu sudah lali dengan kamu berdua. Chen yang terkenal dengan sikapnya yang suka menyakat dan suka membuat orang merajuk kadangnya pula timbul kekecohan di antara kamu berdua sampaikan kamu menangis. Masing-masing ego tinggi, siapa mahu kalah ? akibatnya kamu dan Chen sering di denda oleh cikgu seperti kanak-kanak.

“Hahahaha tengok muka dia dengan gambar yang aku lukis ini. Samakan ? hidungnya sikit kembang. Hahahaha” tawa Chen lagi bersama rakanya; Luhan. Sehun selaku ketua kelas amat sensitif apabila mendengar kekecohan di dalam kelasnya; 5 El Dorado. “Themua thenyappp . Bithing pula kamu themua ini” berdirinya si jejaka yang kurus tinggi, segak dia berpakaian seragam sekolah lengkap bertali leher dan berkaca mata. Semua pelajar 5 El Dorado kelihatan senyap dan kaku apabila melihat ketua kelas memandang tepat ke arah kamu, Chen dan rakannya. “Kamu ni tak habith habith bergaduh. Nanti jadi thayang baru tau” ucap Sehun lagi sambil berjalan menuju ke arah kamu dan Chen. “Eleh kau nie. Dahlah pelat S banyak bunyi pula” marah Chen pula. “Aku pelat S pun tetap comel, kau ada ?” balas Sehun lagi.

“Sudah kamu semua. Ketua kelas pun nak bergaduh ke ? Teringin nak ‘boxing’ pergi dekat padang bukan di kelas” herdik Puan Hyerin selepas melihat anak muridnya bertegang urat. “Ha kali ini apa pula masalahnya ? Chen kamu ini tak habis-habis ke dengan perangai tu ? Nanti saya kahwinkan kamu dengan Jeanny baru tahu” bebel Puan Hyerin berjalan sambil menuju ke mejanya. “Dah kamu semua pergi duduk tempat masing-masing dan keluarkan buku yang saya suruh siapkan semalam” perintah Puan Hyerin kepada mereka bertiga yang masih kaku melihat Puan Hyerin yang garang seperti singa itu.



Akhirnya kamu sudah melepasi tahap persekolahan yang terakhir, kamu pula sibuk dengan perancangan yang telah lama kamu catatkan. “Eh Jaenny lepas SAT ni kamu nak buat apa ?” tanya Yuyun. “Urm nak jadi guru tadika untuk sementara menunggu keputusan SAT” . “Sebernanya selepas SAT berakhir saya terpaksa meninggalkan Korea” jawab kamu lagi sambil bermasam muka. “Kemana ? Kenapa nak tinggalkan Korea ? Alaa janganlah” rayu Yuyun. “Maafkan saya Yun, Jae terpaksa tinggalkan Korea mungkin Jae tak jadi kerja sambilan memandangkan Jae ada masalah keluarga” jelas kamu. Yuyun yang memandang seraya ke arah kamu terus memeluk kamu. “Yun, walaupun kita berjauhan tapi tak bermakna kita akan berpisah selamanya. Yun tetap di hati Jae selamanya” ujar kamu dengan tangisan. “Jae, Yun tahu Jae banyak melalui saat sukar dalam kehidupan. Yun tak mampu nak tolong tapi kalau itu yang terbaik buat Jae, Yun rela lepaskan” balasnya dalam esakan.

Pada hari terakhir peperiksaan SAT rakan lain semuanya gembira apabila azab peperiksaan sudah pun tamat sebaliknya kamu akan berpisah dengan sahabat baik kamu yang selalu menolong tak kira saat susah atau senang. Chen yang memandang kamu sedang mengesat air mata “Kau menangis ke?” tanya Chen yang cuba mendekati kamu. “Eh taklah” jawab ringkas kamu terus memandang ke tempat lain. “Ma.. Ma.. Maafkan aku Jaenny” akhirnya Chen meluahkan kata maaf kepada kamu. “Aku tahu aku banyak dosa dekat kau. Aku banyak buat kau menangis. Aku cuma..” “Chen, aku harus pergi dulu. Aku tak ada banyak masa. Kalau ada masa kita berjumpa ok?” jawab kamu lantas bangun dari situ dan berjalan keluar sekolah. Berat hati mahu meninggalkan sekolah dan rakan-rakan. Kamu memang sudah lama maafkan Chen. Kamu percaya dia Cuma mahu menggembirakan kamu tetapi caranya buat kamu sakit hati. “Nanti tunggu dulu” kejar Chen dan lantas memegang lengan kamu. Kamu menangis dengan esak dan akhirnya Chen terus memeluk kamu. “Mianhae Jae-ah .. Jongmal mianhae” ucapnya dengan mengusup rambut kamu. Hujan mulai renyai ia seakan dalam drama. “Chen Chen-ah .. Jae selalu memaafkan Chen. Biarkan Jae pergi sekarang. Ada masa kita jumpa ye?” ujar kamu dan melepaskan pelukan kamu lantas berlalu pergi. “Tapi bagilah tahu nak pergi mana ?” jerit Chen dalam renyaian hujan. “Takperlu tahu Chen. Jangan cari aku lagi” balas kamu sambil berlari. 

Setahun kemudian,
Kamu sekarang tinggal di ibu kota New York, keadaan di sana amat berbeza dengan tempat lahir kamu. Bohonglah sekiranya kamu tidak merindui suasana di Korea. Sejak kes penceraian selesai kamu sekarang tinggal bersama ibu kamu. Kamu adalah anak tunggal tiada adik mahupun kakak atau abang. Kamu masih berhubung dengan Yuyun meskipun jaraknya berjuta kilometer tetapi sekarang teknologi canggih mampu menghubungkannya. Walau jauh tetapi cinta sebagai sahabat itu terlalu menebal. Kamu merenung seraya dari rumah kondo melihat kota yang terlalu sibuk. Renungan kamu seolah-olah menebusi semua pelusuk tempat sehingga ke Korea. Tanpa disedari air mata kamu telah pun bergelinangan di pipi. Kamu cepat mengesat. ‘Ish kenapa pula tiba-tiba menangis ni?’ bisik hati kerdilmu.
Kamu melabuhkan punggung di atas kerusi belajar dan membuka komputer riba yang berjenama Apple itu. Kamu melihat Yuyun sedang berada di talian di Facebook. Kamu terus menekan butang ‘chat’

Jaenny (Kamu) : Yuyun-ahhh. Rindu awak.
Yuyun: hehe rindu juga. Sihat ?
Jaenny: Nae, sihat je. Awak ?
Yuyun: Sihat juga. Sekarang awak belajar dalam jurusan apa ?
Jaenny : ‘Forensic Computing’
Yuyun: Ohhh baguslah. Sampai juga hajat awak nak belajar dalam kursus itu.
Jaenny: Berkat doa dan usaha memang mudah nak masuk.

Terubat rindu kamu dengan Yuyun meskipun jauh jaraknya tetapi tidak mengapa segalanya telah ditentukan oleh diri kamu sendiri. Kamu telah menerima satu permintaan dari seseorang lantas kamu menekan butang ‘notification’ kamu merenung sejenak apa bila paparan itu menunjukkan muka seorang lelaki dengan lengkap berkemeja merah. Kamu masih dalam kebingungan dan oleh kerana ingin tahu kamu terus menekan ke ‘profile’ dia. “Ya Tuhan, Chen ke nie? Kenapa banyak sangat perubahan dia ?” omel kamu sendirian. Kamu berfikir sejenak samada mahu menerima atau tidak dengan permintaannya sebagai kawan di Facebook. “Alah mungkin dia dah berubah. Tak nakal dah lagi mungkin” tanggapan kamu sendirian dan terus menekan butang ‘confirm’ sebagai kawan di laman social tersebut.
Tidak sampai 5 minit menerima Chen sebagai teman di laman itu terus Chen memulakan ‘room chat’ dengan kamu.

Chen: Jae :-)
Jaenny (Kamu) : Chen . Lama tak nampak. Sihat ?
Chen : Saya fikir awak marah sebab saya ‘add’ awak
Jaenny : Errr … Tak marah pun. Yang lama jangan di kenang.
Chen : Tak rindu saya ke ?
Jaenny : Rindu kau ? Tak ada maknanya
Chen :Bila nak balik Korea ? Saya rindu sebenarnya nak tengok awak.
Jaenny : Kenapa ‘saya’ ‘awak’ ? Agak sedikit janggal
Chen : Takpayahlah nak janggal dengan saya. Awak bukannya baru semalam kenal saya. Kita kenal sejak tingkatan 4 okay ? Sekarang umur kita dah 19 tahun.
Jaenny : Okok. Awak ambil jurusan apa ?
Chen : Erm jurusan Engineering computing. Awak ?
Jaenny: Ohh. Forensic computing.

Sepanjang bersahabat dengan Chen baru kamu benar tahu tentang dirinya. Walaupun jauh tetapi dia semakin matang dan tidak ke anak-anakan lagi. Chen kerap mengambil berat tentang kamu dan sampailah suatu hari kamu berasa tidak tenang. Jantung berdegup kencang seperti mahu meletup. Mata kamu asik terbayangkan wajah Chen. “Ehh kenapa pula aku asik terbayangkan Chen. Eeee pergilah jauh” bebel kamu sendirian dan kamu di kejutkan dengan panggilan dari seseorang. “Hello. Ini siapa?” . “Heheheeh ~ Ini Chen lah” jawabnya. “Eh mana awak dapat nombor saya?” tanya kamu dengan hairan. “Adalah. Awak sibuk ke?” tanya dia kembali. “Eh taklah. Tapi tak mengapa ken anti kredit awak habis sebab kita lain negara” “Takpa. Demi awak saya sanggup berhabis wang” ujar Chen dengan nada selamba. “Eh takpalah. Biar saya telefon awak” cadang kamu. “Ehhh awak… Jangan tutup. Sebenarnya saya ada perkara nak cakap dengan awak” “Okay, apa dia ?” “Awak betul dah sedia ke nak dengar ?” tanyanya kembali. “Okay. Sedialah nie” spontan kamu. “Ummm Saya .. Saya.. Saya suka awak sebenarnya. Sudikah awak jadi sebahagian hati saya?” tanyanya dengan gugup. “…… Saya sebenarnya pun suka awak juga. Saya mahu jadi sebahagian hati awak” “Terima kasih sayang”

Sejak kamu dan Chen menyulami kasih ada sahaja dugaan yang datang bertimpa walaupun jarak di antara kamu dan dia jauh. Misalnya ada yang mendajal dengan menghantar gambar kamu dan kawan lelaki kamu kepada Chen dan mulalah pergaduhan kecil dan salah faham . Apabila kamu menerangkan baru Chen faham dan dia meminta maaf kepada kamu agar akan menyiasat terlebih dahulu sebelum memarahi.
Hujan di bandaraya New York semakin lebat kamu masih tersekat di Universiti dan tidak boleh melangkah keluar selagi hujan tidak reda. Kamu mendapati telefon bimbit kamu sudah batteri lemah dan tinggal hanya 5% sahaja. Dekat setengah jam kamu menunggu hujan reda dan telefon bimbit kamu sudah mati. Chen pada waktu itu menelefon kamu beberapa kali. Chen mula rasa tidak tenang dan merasakan ada sesuatu yang akan berlaku ke atas kamu.

“Aihhh Mana pula Jae nie. Pergi kemana pula ? Telefon tidak berjawab” resah Chen yang asik mundar-mandir di biliknya.
“Ringg … Ringgg” Tidak lama kemudia telefon bimbit Samsung Note 3 Chen telah membingitkan suasana biliknya. Pantasnya Chen mengambil dan menjawab “Ini Chen ke?” tanya seorang yang bersuara seperti ibu. “Ha ye. Ini siapa ye?” tanyanya pula. “Saya eomma Jae” jawabnya kembali. “Oh ahjuma. Ye ada apa ye ahjuma telefon saya?” “Macam inilah, Jae petang tadi di masukkan ke hospital kerana kepenatan. Sekarang dia separuh sedar tetapi dia asyik menyebut nama kamu sahaja” jelas ibu kepada Jaenny. “Ya Tuhan. Takpe ahjuma. Sekarang juga saya akan pergi melawat dia”

Beribu kilometer dari Korea ke New York sanggup Chen redahi. Akhirnya Chen sampai ke hospital dengan selamat. Mencari bilik wad yang bernombor 3541-A . Dengan perlahannya kaki Chen menapak ke arah bilik itu. Suasana menjadi sayu bertambah pilu apabila Chen merenung ke arah seorang gadis yang terbujur di atas katil dengan kelihatan tidak bermaya. Chen seraya menuju ke arah kamu dan melabuhkan punggung di atas kerusi yang bersebelahan katil Jae. Kamu yang masih di dalam mimpi itu terus mendiamkan diri tanpa membuka mata. Sayunya Chen memegang erat tangan kiri kamu dan semakin lama semakin kuat dia memegang dan membuatkan kamu sedar dan terus duduk dengan mengejut. Nafas kamu sangat kencang dan seolah-olah kamu baru mendapat nafas baru selepas di selamatkan dari lemas. Chen yang sangat terkejut terus mendakap kamu dengan erat. Terasa basahnya air mata di bahu kanan kamu sambil mengusap badan belakang kamu. Biji mata kamu membulat dengan besar dan terkejut dari apa yang telah berlaku.
“Jae, lepas ini saya tak sanggup berjauhan dari awak. Saya nak awak disisi saya selamanya. Sudikah awak menerima saya dalam hidup awak ?” lamarnya. Kamu yang masih terlopong itu terus memberikan kata ya dengan menerimanya Chen sebagai teman hidup kamu. 

P/s : Holla guys this is my old story abt last year i just created it and make this site for my release idea . and see the next one shot. happy reading guys ! Btw, the picture that i've edit is my first time. haha look messed isnt it ? i should used mouse not pad. haha




|
swagest


어서오세요 내 블록 ^^ 안녕하세요 안녕하습니까 저는 하즈와니 입니다. 제 18 새이예용 ㅋㅋㅋ 방갑습니다 여러분 . Hey there , Im Hazwanie. Sweet 18 here and maybe i dont have a pretty look but i've pretty smile. Keep smile and enjoy your day. Oh btw, im Malaysian not Korean. Korean is just my third language .


an angle from the sky


Cbox code ovah here
>

A Marshmallow Guy


Template made by; Adrianna Azam
Basecodes from; Aulia Septiya
Re-Editor skins; Nana Kim